Penamat kisah dongeng.



Assalamualaikum. Hai, kali ni aku taknak bermuqadimah panjangpanjang. Terus mula cerita.

Al kisah yang terjadi beberapa hari yang lalu. Tatkala kita dibayangi cahaya Syawal, di situ jugalah aku terima berita yang aku seakan akan mahu menafikannya walhal itulah yang realitinya.

Aku masih tak sedar. Masih berada dalam mimpi mimpi indah. Masih leka dan buta tentang perasaan yang akhirnya diludah kembali diruang sepi di dalam sudut hati yang mengocak meraung keseksaan.
Dibawanya hati itu ke buana yang memuncak, melahirkan rasa cinta yang munafik.
Cinta yang diibaratkan, kononnya, inilah jodohku, inilah yang ku cari selama ini, inilah hidupku. Hakikatnya, "cinta" dimaksudkan itu dibuang jauh ke dalam tong sampah jiwa.

Lumrah seorang manusia mempunyai perasaan kasih dalam dirinya. 
Begitu juga aku.
Dalam meniti kehidupan sebagai seorang remaja, bernilai sangatkah "cinta suci" yang hanyalah berniat untuk memiliki pasangan SAHAJA? Tidak. Jadi mengapa harus cemarkan kesucian cinta itu? 

Aku pernah mengalami situasi itu. Pengakhirannya, aku putuskan hubungan kerana aku tidak mahu mengajaknya bersama sama mengumpul pahala DOSA dan membina syurga di NERAKA. Tidak pernah rasa sekelumit di hati aku rasa menyesal dan bersalah oleh kerana aku melakukan keputusan itu. Alhamdulillah, aku masih belum buta. Buta kerana cinta.

Tapi aku masih lemah. Termakan kata kata iblis. Kononnya, carilah pengganti untuk mengisi ruang di hati. Kebabian apakah? 
Mengenali dia membuat aku lebih berusaha untuk berubah menjadi baik. Kerana kata kata dia, aku dapat bangun semula. Tapi, adakah aku di ruang hatinya? Tidak. Bukan aku. Lalu diri dipersalahkan. Hati meraung. Hanyalah sekujur tubuh dibawa dan hati digenggam di bayangan tangan seolah olah hati itu telah kosong. Terasa ingin dicampak ke lembah api.

Sekarang aku nampak. Carilah kaum Adam hingga ke pelusuk dunia pun, kalau dia bukan jodoh kita, tak guna juga. Apalah sangat aku jika nak dibandingkan dengan mereka yang lain? 

Siapa tak sedih. Dusta jika aku bahagia kerananya. Tapi semua itu useless sebab cinta yang dia bina masihkah mampu berdiri teguh jika hati itu tertulisnya nafsu semata mata? Kita tak nampak. Dalam istilah lain, dikira buta. Tapi bila kita sedar, maka disitulah luasnya mata dibuka olehNya, memori diimbau kembali, dan keluarlah kata kata benci kerana hati terasa, Ya Allah berdosanya aku.

Jadi aku memutuskan untuk meneruskan hidup dan menutup kisah dongeng itu.

Allah Maha Adil. Adakala Dia pinjamkan rasa cinta untuk kita, dan adakalanya juga Dia akan tarik balik perasaan itu.

No comments: