Rutin seharian :D

Assalamualaikum.
Kepada anda semua, hari ini saya berasa sungguh gembira kerana saya sudah selesai basuh baju. Bhahahahahaa. Bagi saya, hari ini sungguh menyenangkan bagi saya kerana hari ini sungguh menyenangkanlah!. Haha abaikan.

Bermula di awal pagi, buat julung julung kalinya saya bangun awal pada hari ini. Saya dikejutkan seawal jam 6.30 pagi. Ya, saya tahu pada waktu itu tidaklah seawal mana. tetapi kebiasaannya di waktu cuti di hostel begini saya menghabiskan masa saya dengan tido. Jadi saya bangun agak lewat sedikit. Heee. Saya tahu saya bukan contoh yang baik. Ya ya ya.

Disebabkan hari ini ialah hari mengundi, jadi, waktu makan diawalkan. Jadi, saya dikejutkan oleh sahabat handai saya yang begitu caring orangnya, mengejutkan saya seperti kakak mengejutkan adik. Bunyinya seperti ini:

" Bangun, bangun, solat dulu, nanti baru tido balik ya. Bangun bangun "

Yaaaa. Seperti itulah. kemudian, saya masih tidak berganjak dari katil yang begitu membelai belai saya. Kemudian rakan saya yang sebilik dengan saya, ( Saya tumpang bilik dia kerana roomate saya balik ),
mengejutkan saya dan mengingatkan saya tentang 3 ikatan yang diikat pada badan anak Adam. Fuyoh. 
Kemudian dia membuka tingkap dan saya dapat melihat awan yang begitu biru dan burung yang berkicau kicauan dan suasana yang sungguh nyaman pada pagi itu. Jadi saya pun bangun dengan mengada ngadanya tetapi saya mentelaah buku rujukan Fizik dulu. Kemudian saya tido balik tetapi setelah dibebel oleh rakan saya, jadi terus menuju ke bilik air dan mencuci muka memberus gigi dan berwudhuk. Kemudian saya solat Subuh. Kemudian saya terus menukar pakaian dan terus menuju ke Dewan Makan untuk sarapan. Pada pagi itu menu adalah bihun goreng. Haha.

Haaa. Kemudian, saya terus naik ke bilik saya dannnn mandii. Haahahaaa. 
Selepas itu, saya mencilok meja belajar rakan saya dan membawa meja itu ke bilik saya. (Bersebelahan bilik dia). Saya masih lagi mentelaah subjek Fizik yang SANGAT menyeronokkan itu. Haaaa. Kemudian saya menguruskan kain yang saya mesin semalam. Saya sangat bahagia setelah melihat kain saya sudah basuh. Selepas saya sidai, saya pun naik ke bilik dan mengemas bilik sayaaaa. Hahaa. Inilah hasilnyaaa :

 
Katil saya yang belah kiri. Meja itu, hahahaa.


 Kemudian lagi dan lagi, saya masih lagi menguruskan kain saya menggunung. Saya ada 2 kotak, 1 beg dan 1 loker yang bajunya belum dibasuh. Ini kerana kemalasan dan "kesibukan" yang melanda diri. Muahaha.
Jadi, disebabkan hari ini nasib saya sungguh baik, saya mendapati ada 2 buah mesin yang kosong. Jadi saya masukkan sekali gus baju saya semua ke dalam kedua dua buah mesin tersebut. Saya sungguh gembira. :D :D
Jadi, baju baju saya sekarang semuanya telah disidai dengan bangganya. Fuhh. Saya rasa beban yang saya pikul telah berkurang. Haha.


Seterusnya, saya ada sertakan cerita cerita lain di dalam post saya pada kali ini.

Okay. Gambar di atas ialah nasi kerabu.
Jelas di sini saya ingin mengatakan bahawa nasi kerabu ini sungguh sedap walaupun ianya sungguh pedas. Oh terliur saya ketika menaip ini.nasi kerabu ini selalu dipesan oleh pelajar SESTER kerana kami ada nasi kerabu delivery. Hahaaa. Best dan sedap. :D

Untuk pengetahuan anda semua, saya sudah mula memakan badam. Dan badam ini menjadi snek harian saya. kata orang, dengan memakan badam, kita dapat menghilangkan stres. Wehehheee. Ohh badam sungguh sedap. :*]

Model: Gebah Gebu ( GG )

Weheheee. Pada hari yang lepas lepas, saya telah keluar outing dengan rakan rakan saya. Jadi, semasa outing tersebut, saya telah membeli shawl tribal or tiara or else ini. Saya sangat menyukainya kerana texture fabricnya yang lembut dan warnanya yang menarik. Tambahan pula, apabila saya mengenakan shawl ini pada my baby Gebah Gebu a.k.a GG. Haha. Pada mulanya, saya ingin membeli warna biru, akan tetapi stok sudah habis mungkin. Jadi saya decided untuk membeli warna soft pink yang gwiyomi ini. Muahahaha. Harganya RM20. Jadi, saya belilah. wehehe.

Lihat gambar di atas itu, yang kecil itu. Bhahahaa. Sebenarnya hari itu saya telah menyertai Pertandingan Puisi Remaja. Heheeee. Serioulsy saya mengambil masa 2 hari untuk berlatih Syair. Hehee. Saya bersyair pada hari ituu. Saingannya, oh agak sengit kerana wanita wanita yang lain mempunya suara yang juga merduu. lalalaaa. Adalah juga adengan "Gap" di atas pentas kerana saya terlupa sejenak bait bait kata puisi tersebut. Tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. :D
Jengjengjeng. Inilah hasilnyaaa. Saya telah meraih Naib Johan untuk pertandingan tersebutt. wehehehee. Saya juga berpuas hati kerana memang saya akui persaingan sungguh sengit seperti yang saya katakan tadi. Johan untuk pertandingan tersebut memakai kostum pengantin tetapi saya hanya memakai baju sekolah. Hahahaa. Sesuailah kot dengan tajuk syair saya iaitu Syair Definisi Orang Berakal. lalalalaaa.

Sekian saja post saya untuk kali ini. Selamat tinggal dan terima kasih kerana membaca ya. :D

P/s: Saya mengalami selsema dan batuk yang berpanjangan dan saya sangat tidak selesa dengan keadaan ini. Doakan supaya saya cepat semubuh yaaa :D


No comments: