
Kenapa susah sangat nak jadi baik? Kenapa susah nak berubah?
Tak susah sebenarnya. Kita dah ada otak untuk berfikir secara rasional. Cuma hati itu yang perlu diasuh.
Sebuah hadis Ahmad daripada At-Tabrani bersumberkan daripada Abu Sa'id al-Khudri; Nabi membahagikan hati kepada 4:
1) HATI yang bersih yang di dalamnya ada cahaya yang sentiasa bersinar-sinar. Itulah hati orang Mukmin.
1) HATI yang bersih yang di dalamnya ada cahaya yang sentiasa bersinar-sinar. Itulah hati orang Mukmin.
2) HATI yang hitam dan terbalik kedudukannya (ATAS KE BAWAH dan SEBALIKNYA). Itu adalah hati orang-orang kafir.
3) HATI yang tertutup dan terikat dengan penutup. Itu hati orang munafik.
4) HATI yang musfah
(melintang) tidak berdiri tegak dan tidak terjungkir. Di situ ada
keimanan dan di situ ada kemunafikan. Mana yang lebih banyak di situlah
dia tergolong.
Ketahuilah! Larangan Allah ialah segala yang haram.
" Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. "
Ini pun pengajaran untuk diri aku juga.
Kenapa susah sangat nak mendirikan solat walhal itu lah yang diperintahkan olehNya?
Aku selalu dengar azan. Terkadang ada rasa nak pergi menyahut seruanNya tetapi aku tetap gagal, gagal dan gagal. Sedangkan aku tahu itu lah perkara yang akan aku bawa di akhirat kelak. Bukan result UPSR, bukan result PMR, bukan result SPM, bukan result pointer 4 flat. Bukan pangkat aku, bukan darjat aku.
Tapi, itulah. Manusia manusia seperti aku ni tak pernah sedar akan kebesaranNya. Yang tahu hanya merungut. Menrungut pabila diri diuji, diduga. Walhal aku sedar betapa hinanya aku disisiNya.
Tak pernah rasa nak berubah. Niat dah ada, tapi tindakan? Usaha? Kosong.
Aku tau sebenarnya kekuatan diri aku mampu untuk melawan hasutan hasutan RINGAN syaitan lakantullah. Tapi aku tak melawan. Yang aku tau hanyalah mengikut dorongan hawa nafsu yang sentiasa membawa aku kepada kealpaan dan duniawi.
Terkadang aku terfikir sejenak. Di mana hilangnya keberanian aku yang dulu? Di mana hilangnya AKU yang dulu? Aku tak berubah. Yang berubah itu HATI.
Memang susah pada permulaannya Nas. Tapi kau kena ingat, Innallahama'anaa.
Kan? Itu pesan orang. Allah itu ada dimana mana saja. Dia ada di saat kita perlukanNya.
Jangan pernah putus asa.
Aku perlukan sokongan mereka. Aku sayang orang orang yang ada di sisi ini. Merekalah dorongan utama aku. Tanpa diorang, aku tak mungkin dapat mencari jalan yang sebenar. Thanks korang. :)
No comments:
Post a Comment